29 November 2012

Kelas Pastry di KKHL

Hari ini, tangga 24.11.2012, aku ke kelas membuat PASTRY. Seronok... Ramai juga students Cikgu Sufri, dalam 22 orang. Kami belajar buat Croissant (tergeliat lidah menyebutnya - ala-ala sebutan Bahasa Perancis katanya), Sardine Puff dan Beef Wellington.

Selama hari nie asik beli kat bake shop aje. Tapi hari ini, aku belajar bagaimana nak buat kulit/puff yang berlapis-lapis tu... Cantik... maklum ajelah Cikgu yang menguli dan menyediakan pastrinya. Yang agak remeh tu... bila nak menyediakan puff pastry. Asik keluar masuk, keluar masuk sebanyak 6 kali di dalam Chiller dengan teknik ----> Step 1: uli_canai_lipat_simpan (Chiller - 10 minit). Step 2: keluarkan_canai_lipat_simpan dan seterusnya ... sampai 6 hingga 7 kali Step 2 diulang-ulang. Tapi hasilnya terbaik!!!!! Berlapis-lapis ... rangup dan ringan.

Sayang seribu sayang aku tak ambil gambar sebab tak bawa kamera, handphone pun jenis dulu-dulu - tak canggih macam sekarang).
Chup,chup,chup... Nanti kalau ada kawan-kawan yang hantar kat fb saya akan upload.

Sambung balik pasal membuat puff pastry tersebut. Jika kita tak ada masa nak buat ... beli aje kat bake & pastry shop atau di supermarket besar seperti Giant / Carrefour tapi carilah tanda halal ye! Itulah kalau buat sendiri, puas hati kerana terjamin halalan thoiibah nya yang sudah tentu kita gunakan bahan-bahan yang terbaik dan terjamin kebersihannya (bukannya expired).

Resepi Puff Pastry
Bahan2
500 gm    tepung gandum
1/2 tsp     garam
1 biji        telur
200 ml     air
50 gm      margerin
1/2 tsp     cream of tartar
375 gm    Pastri Margerin
Cara
1.  Satukan tepung gandum, garam, cream of tartar ke dlm bekas dan gaul rata.
2.  Masukkan margerin, gaul rata dan masukkan telor sebatikan seperti serbuk roti.
3.  Kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli doh sehingga kental dan lembut (seperti doh roti atau bun).
4.  Rehatkan doh seketika.  Kemudian roll / canai doh dengan bentuk memanjang.
5.  Lipat dua doh, letak Pastri Margerin di antara lipatan doh itu.
6.  Canaikan doh setebal 1/2 cm dan lipat 3, simpan dalam Chiller (peti sejuk) selama 15 minit.
7.  Setelah 15 minit, keluarkan.  Canai dan lipat 3 lagi, simpan semula ke dalam Chiller.  
     Ulangi proses yang sama sebanyak 6 kali.
8.  Setelah itu barulah boleh digunakan untuk membuat Croissant atau Sardin Puff.

Sardin Puff (Inti) - simple
Bahan2
1 senduk        minyak jagung
1 tin besar      sardin (guna cap King Cup)
2 biji              bawang besar (potong dadu)
3 biji              cili merah (dihiris nipis)
2 biji              limau nipis (ambil jusnya) )
garam, lada sulah                                  ) secukup rasa
2 biji telor - unt. disapu atas puff
Cara
1.  Satukan kesemua bahan ke dlm bekas dan gaul sebati.
2.  Keluar Puff Pastri dari dlm Chiller - biarkan sebentar anggaran 10 - 15 minit dan canai anggaran 1/4" tebal dan potong Puff Pastri anggaran 10 atau 12 keping.
3.  Ambil 1 keping Puff Pastri, letakkan inti dan ratakan.
4.  Ambil  pula 1 keping lagi Puff Pastri dan buat beberapa kelaran melintang kemudian letakkan di atas pastri yg ada inti tadi, dan tekankan garfu di sekelilingnya.   (seperti gambar)
5.  Sapu dengan kuning telur.  Ulangi proses yg sama sehingga pastri habis.
6.  Susun di atas loyang pembakar dan bakar dgn suhu 190 celcius, lebih kurang 25 minit (sehingga kuning keemasan).


 Mohon kebenaran Che Mat, guna gambar2 ini



Resepi daripada Che Mat Gebu dari Dapur Tanpa Sempadan sila klik di sini ---> http://www.tiffinbiru.com/2010/08/sardine-puff.html


Video: How to makes Puff Pastry & Croisannts
http://www.videojug.com/film/how-to-make-croissants














31 Oktober 2012

Himpunan Solat Sunat dan Doa

Dalam jari-jemari ini klik ke sana... klik ke sini.... aku teringat mengenai Solat Sunat.  Terus sahaja aku google ke perkataan berkenaan.  Maka berlayarlah aku ke sesawang di bawah.  Em.... bagus sekali, selain sebagai rujukan buat diri ku, ingin aku kongsikan sama buat sahabat-sahabat blogger yang singgah di Blog ku ini.  Mana yang sudah expert tu, alhamdulillah teruskan.


Sila klik di sini ---> http://www.e-mosque.com.my/ibadatsunat/sawwabin.html

9 Julai 2012

Petua Orang Tua-Tua

      Petua orang tua-tua ini adalah sebahagian dari asam-garam hidup.  Ada baiknya jika dituruti, asalkan ianya tidak memudaratkan dan tidak menyimpang dari aqidah sebenar.  Sebagai umat Islam, kita perlulah berlandaskan Al-Quran dan Hadith sebagai petunjuk dan ikutan dalam kehidupan di Mayapada ini. Mana-mana yang difikirkan tidak logik tu.... kita hindarkan.
      Di sini, suka saya berkongsi sama petua-petua daripada nenek-moyang kita.  Petikan/petua-petua yang dipaparkan, diambil daripada saudara-mara, sahabat-handai, majalah, laman-laman blog dan lain-lain lagi.   Oleh itu saya mohon kebenaran daripada rakan-rakan semua dalam melengkapkan laman saya ini.  Jika ada yang hendak berkongsi sama, saya amat mengalu-alukan.  Selain daripada menambah pengetahuan, kita juga dapat berkenalan sesama kita.

Petua-petua di Laman Blog
(Update:  25 Julai 2012)

miarayyan

Sila layari blog ini: http://www.mylovemiarayyan.blogspot.com/

Pengalamanku





9 Julai 2012, jam 8.45 pagi 
Belajar membuat blog.  Terkial-kial aku dibuatnya.  Maklum ajelah.... orang lama.... belajar!!!  Payah juga nak follow.  Tambahan pula, tenaga pengajarnya orang muda (dari BPTM tempat ku bekerja).  Mengajar?  Laju betul....  Kelam-kabut aku dan rakan-rakan lain mengejarnya.  Ada kalanya aku hilang entah ke mana.  Oh, ketinggalan!!!  Tetapi.... aku bernasib baik sebab rakan di sebelah ku sudi membantu.  Namanya Aida.  "Terima kasih Aida.... budi baikmu tak kan ku lupa".  Walapun begitu, semangat ku tak luntur, perjuangan perlu diteruskan.  Bagaikan kata pepatah:
  • "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan";
  • "Alang-alang mandi, biar basah";
  • "Genggam bara api, biar sampai menjadi arang";
  • "Pantang mundur, sebelum berperang"; dll ....
Begitulah uniknya pepatah Melayu kita tu.  Lagi pun, rugi.... kalau tak belajar, free.... pulak tu.  Chayuk, chayuk, chayuk!!! em.... masuk pulak pepatah cina.  
Tak pe lah ye!  Kan kita 1Malaysia.