Sulaman Manik

23 Mac 2013 (Sabtu)

MODUL 1
Tanggal ini aku memulakan langkah untuk berjinak-jinak dengan Sulaman Manik.  Memang dah lama aku ingin untuk mengikuti kelas sulaman ini tetapi tidak berkesempatan, sehinggalah pada tarikh di atas di mana Kolej Komuniti Hulu Langat telah mengadakan Hari Terbuka / Karnival kepada orang ramai dalam memperkenalkan kursus-kursus di peringkat persijilan dan juga kursus-kursus pendek/harian yang dianjurkan oleh Kolej tersebut.


Bahan-bahan
  1. Manik pelbagai warna dan bentuk
  2. Jarum (brand: Royal / Pony) - saiz 10, 11, 12, 16.
  3. Benang jahitan (sebaik-baiknya warna cream / putih)
  4. Gunting kecil 
  5. Kain kosong (cotton)

Kelas Sulaman Manik ini terbahagi kepada 4 modul.  Hari ini, kami/perserta-perserta kursus diperkenalkan dengan sulaman Modul 1 terdiri daripada 7 teknik jahitan dengan menggunakan beberapa jenis manik seperti Selinder Kecil, Bulat Kecil, Bulat Sederhana Kecil dan bentuk Padi untuk teknik-teknik berikut :
Sulaman Pertama Ku
  1. Pintalan 2 lapis :   6 biji manik Selinder - gabungan 2 warna (merah & biru muda)
  2. Tocang :   3 biji manik Selinder (merah), 1 biji manik Sedehana Bulat (hijau) dan 3 biji manik Selinder (merah)
  3. KLCC :  Manik Selinder - 2 warna (merah & hijau) (Susunan: 2,3,4,5,4,3,2 biji pada satu bentuk-bersebelahan)
  4. Pintalan Selapis A :  2 biji manik Selinder (biru muda), 2 biji manik Sederhana Bulat (hijau), 2 biji manik Selinder (biru muda)
  5. Pintalan Selapis B :  3 biji manik Selinder (merah) dan 1 biji manik bentuk Padi (silver)
  6. Kerang :   Manik Bulat Kecil (Susunan: 9,7,5,3,1 biji - berlapis dari atas ke bawah)
  7. Beriring 2 belah :  6 biji manik Bulat Kecil - dijahit serong seperti tulang ikan (jahit sebelah atas dahulu sehingga habis, kemudian baru jahit sebelah bawah). 
  • Peringatan:  buat garisan lurus di tempat sulaman untuk mendapatkan hasil yang baik.
Puas hati ku kerana dapat belajar teknik-teknik yang betul dan menghasil sulaman yang kemas.  Seronok kerana hajat ku tercapai, cuma.... mata ku yang kurang mengizinkan kerana kurang nampak untuk memasukkan benang ke lubang jarum.  Namun begitu aku nekad untuk menghabis 3 modul lagi walaupun ada kekurangan.

Sample dari Blog Blogger





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas maklumbalas.