Sulaman Riben

30 Mac 2013 (Sabtu)


MODUL 2

Pada tarikh ini saya mengikuti kelas Sulaman Riben pula, di kolej yang sama iaitu Kolej Komuniti Hulu Langat atau panggilan singkatnya KKHL.  Keterujaan untuk mengikuti kelas ini setelah melihat hasil kraftangan  seorang daripada peserta kelas tersebut yang ketika itu bertembung dengan kelas Sulaman Manik yang saya hadiri pada minggu lepas (23 Mac 2013) iaitu semasa Hari Terbuka / Karnival KKHL.  Nampak cantik dan menggamit hati untuk turut serta.  Lebih-lebih lagi apabila Pengurus Projek kelas tersebut provoked pada ketika itu sambil berkata "orang yang tak pernah belajar apa-apa teknik sulaman dapat menghasilkan sulaman yang baik" (Modul 1).  Lagilah saya teruja dan terus daftar nama untuk mengikuti kelas akan datang iaitu pada 30 Mac 2013 bagi Modul 2 (skip Modul 1).  Saya sememangnya berminat dengan apa sahaja bentuk kraftangan seperti menjahit baju, mengait (crochet), cross-stitch, origami, hiasan dan lain-lain lagi sebagai hobi.

Dalam kelas ini, saya dan peserta-peserta yang lain diajar membuat folded roses, spider web roses, blossom flowers, french knots stitch, kudup bunga, daun dan ranting semuanya daripada riben yang dijahit ke kain.  Bahan-bahan asas yang diperlukan untuk kelas ini ialah :
  • Pemidang bulat (Ram) -  saiz dimeter 12"
  • Riben berbagai saiz (jenis satin / grosgrain)  1", 1/2" dan 1/4" (bunga: saiz riben 1" -  striking pink, sour pink, kuning keemasan) (daun: saiz 1", 1/2" dan 1/4" - 3 jenis warna hijau)
  • Jarum untuk sulaman riben - saiz 14, 16, 18
  • Gunting kecil
  • Tape measurement
  • Pensil atau Water erasble pen
  • Benang kain jean (untuk menjahit bunga ke kain)
  • Benang biasa - ikut warna bunga (untuk jelujur pada riben)
  • Penebuk
  • Kain kosong 16" x 16"
Sample
Gambar sulaman yang dipelajari

   
Sulaman Pertama Ku

Sebagai peringatan bersama, sebelum memulakan sesuatu sulaman, kita perlulah membuat lakaran terlebih dahulu untuk menentukan kedudukan kuntuman-kuntuman bunga dan daun-daun yang hendak dijahit.  Bila lakaran telah ada mudahlan untuk kita meletakkan/menyusun kuntuman bunga riben yang dibuat.


TUTORIAL BERGAMBAR

Di bawah ini, suka saya berkongsi bersama bagi mereka yang berminat dan tiada berkesempatan untuk mengikuti kelas, bagaimana hendak menghasilkan 3 jenis bunga yang telah saya pelajari iaitu folded rose, web spider rose dan blossom flower serta jahitan daun riben.

Folded Rose

Riben -  warna sour pink (gambar sulaman saya)
         -  saiz riben 1" lebar & 32" panjang x 3 keping

Contoh gambar :  Blog Carol Daisy 


                                     
1
2









4
 
3
  • Buat sedikit lipatan silang di hujung riben (gambar 1) dan gulung 2 atau 3 pusingan (untuk membentuk tengah-tengah/inti bunga) - jahit (benang biasa) supaya gulungan tidak terbuka (gambar 2) .
  • Sambung pusingan dengan membuat sedikit lipatan serung menghala ke dalam pusingan dan bentuklah/lipat seperti kelopak ros - setiap lipatan yang dibuat perlu dijahit supaya tidak terbuka (gambar 3).
  • Bentuklah kelopak ros sehingga riben habis dan matikan jahitan.
  • Jahitlah kuntum-kuntum ros tersebut (benang jean) di tempat yang telah dilakar di atas kain yang disulam (gambar 4).

Spider Web Rose

Riben - warna kuning keemasan
         -  saiz riben 1" lebar dan 18" panjang x 2
         -  warna putih: saiz 1/4 " lebar dan 18" panjang (tapak/base bunga)

Contoh gambar:  Blog Carol Daisy

 
   
1
        
2
3
                         



                   
4
5

Cara
  • Jahit tapak bunga dengan berbentuk bintang pecah lima menggunakan riben 1/4" warna putih (jarum saiz 14") (gambar 3).
  • Tusukkan jarum bersama riben 1" ke atas (jarum saiz 18") di tengah-tengah tapak bunga yang dijahit seperti gambar (3) dan lilit pada tapak tersebut secara berselang-seli, bermula dari atas tapak pertama, diikuti di bawah tapak kedua dan seterusnya.
  • Bentukkan seperti gambar (4) dan (5).


Blossom Flowers

Riben  - striking pink
          -  saiz riben 1" lebar dan 10" (25 cm) panjang x 2
          -  riben warna putih: saiz 1/4" lebar dan 18" panjang x 2
Jarum - saiz 14"
Benang jean secukupnya

Contoh gambar :  Blog Suzana Mustafa/Diary Ann

1
2

Cara

  • Lebihkan sedikit anggaran 2 cm kemudian ukuran / tandakan 3cm panjang sebanyak 7 x di riben sulaman (ukuran di gambar sebagai contoh sahaja).
  • Lakarkan separuh bulatan sebanyak 7 x pada ukuran yang ditanda.
  • Jelujur pada lakaran tersebut hingga habis.
  • Tarik benang jelujur sehingga membentuk 7 kelopak bunga dan cantumkan hujung ke hujung - jahit dan kemaskan.
  • Jahit french knot stiches di tengah-tengah kelopak bunga (sebagai stigma).


French Knots

Riben :  warna putih - saiz 1/4" lebar dan 20" panjang (untuk 2 kuntum bunga)

Contoh gambar:  Blog Carol Daisy

1
2
3










14 April 2013 (Ahad)

MODUL 3

Hari ini saya menghadiri kelas Modul 3.  Walaupun tubuh masih dalam keletihan selepas pulang dari Arau, Perlis; saya kuatkan semangat untuk mempelajari kelas berikutnya iaitu mempelajari membuat ros kemboja, rosette rose, fluchia flower (bunga loceng) dan daun fly stitches.

Sample
             
Sulaman Kedua Ku

























Bunga Ros Kemboja Merah & Kudup
Riben  -  warna merah
           -  saiz 1" lebar :  potong 3" panjang x 18 keping
              (Jika guna Riben saiz 1 1/2" lebar :  potong 4" panjang -  dapat bunga yg besar
Stigma Bunga  -  warna cream / putih

Step 1
Lapisan Ketiga 7 kelopak
  • Jelujur halus (secara melintang) di tengah-tengah riben merah - tarik benang dan kedutkan kelopak.  Matikan hujung benang sebaik yang boleh.
  • Ulangi cara untuk kelopak yang seterus sehingga 18 keping.
  • Lipat dua riben yang telah dikedutkan - jelujur halus di bahagian bawah riben dan sambungkan sehingga 7 keping.
  • Tarik benang dan kedutkan 7 keping riben serentak - kemas dan cantumkan dari hujung ke hujung dan matikan benang sebaiknya.
  • (Pastikan di tengah-tengah 7 kelopak itu ada sedikit ruang untuk meletakkan stigma bunga).
Lapisan Kedua 5 kelopak
  • Ulangi sebagaimana lapisan pertama.
Lapisan Pertama 3 kelopak
  • Ulang lagi sebagaimana lapisan pertama.
  • Ulang lagi untuk Kudup Bunga.
Step 2
  • Ambil 10 tangkai Stigma Bunga - lipat dua dan bubuh di tengah-tengah Lapisan Pertama (3 kelopak).
  • Letakkan Lapisan Kedua (5 kelopak) di bawah Lapisan Pertama dan akhir sekali Lapisan Ketiga.
  • Susun kelopak bunga berselang-seli dan jahit sebaik mungkin bagi membentuk sekuntum bunga yang kemas.
  • Kemudian barulah dijahit di atas kain.   

Rossete Rose
Riben -  warna biru
         -  saiz 1" lebar :  potong 18" panjang x 2 keping

Cara:  
  • Gulung hujung riben seperti membuat tengah-tengah folded rose dan jahit mati.  
  • Lebihan riben di jelujur di bahagian bawahnya.  
  • Setelah jelujur siap jangan matikan jahitan (biar jarum dan benang tergantung).
  • Ambil jarum dan benang lain - jahit gulungan riben di atas kain sulaman sekuat yang mungkin dan tarik benang jelujur untuk membentuk kelopak ros (jangan terlalu ketat).
  • Lingkarkan di keliling gulungan riben, bentukkan dan jahit kemas.

Fuchsia Flower (Bunga Loceng)
Riben - warna kuning
         -  saiz 1 1/2" lebar : potong 4" panjang x 3 keping
Cara

  • Lipat dua riben - buka dan tandakan garisan tengahnya.
  • Kemudian lipat pangkal dan hujung riben - bawa ke bahagian tengah (yang ditandakan).
  • Temu dan lapiskan sedikit pangkal dan hujung riben yang di bawa ke tengah tadi (ukuran riben menjadi 2" panjang).
  • Jelujur bentuk diamon bermula dari tengah bawah riben, bawa ke tengah kanan, dan terus ke tengah atas.  Seterusnya bawa jelulur ke tengah kiri, dan akhir sekali temukan jelujur ke tengah bawah.
  • Tarik benang sehingga membentuk 4 kelopak bunga.
  • Bubuh Stigma.
  • Buat 3 kuntum bunga yang sama.
Fly Stitches Leaf
Riben - warna hijau
         -  saiz 1/4" (panjang secukupnya)
         -  jarum saiz 14".
Cara
  • Jahit dari atas (1) ke bawah (2) - lebih kurang 1 cm, secara menegak atau condong (ikut arah condong daun).
  • Tusuk jarum (3) ke atas di sebelah kiri jahitan (1) - keluarkan riben.
  • Tusuk pula jarum (4) di sebelah kanan jahitan pertama (sejajar no (3) menghala ke bawah - keluarkan riben di bawah kain sulaman - tarik perlahan-lahan dan bentuk V di bawah jahitan (2).
  • Keluarkan riben ke atas (5) di bawah jahitan (2).
  • Tusuk semula jarum ke bawah (6) iaitu di bawah no (5) dengan menindih riben berbentuk V.
  • Ulang step (3) hingga (6) sehingga lakaran daun selesai.

"Bagi Modul 3 ini, gambar-gambar akan diusahakan kemudian".


1 ulasan:

Terima kasih atas maklumbalas.