10 Oktober 2012
Pejam-celik, pejam-celik dah hampir 2 bulan Cerita Ku terhenti. Sibuk? Tak juga! Cuma belum ada ide. Hari nie aku nak sambung Cerita Ku lagi.
Sudah dua bulan aku menyewa beli Van BHE 1132 kepunyaan anak saudara ku itu. Sekali-sekala aku rasa rindu dengan kereta WAJA WML7332 berwarna Skytwinkle kepunyaan ku yang dilarikan oleh sindiket penyagak itu. Yelah! Sudah 7 1/2 tahun aku bersamanya. Aku tempah pada pertengahan Disember 2004 dan mula memandunya awal Januari 2005 sehingga tamat perkhidmatan kepada ku pada 30 Jun 2012. Kemanalah agaknya WAJA ku itu di bawa pergi ... Ke utara kah? Ke selatan kah? Atau telah dibaraikan di sana-sini. Sakit betul hati ku bila teringatkannya.
Kereta itu, banyak jasanya kepada ku sekeluarga kerana ia satu-satunya kenderaan beroda empat yang ku miliki. Tahan LASAK. Telah melewati negara ini dari utara sampai ke selatan apatah lagi di sebelah barat dan tengah, cuma di timur hanya baru sampai ke Pahang sahaja. Mengimbau kembali ke tahun 2010, dalam tempoh enam bulan, aku pernah berulang-alik dari Kajang ke Arau, Perlis sebanyak 4 kali untuk menjengok anak ketiga ku yang baru menuntut di UiTM ketika itu. Excelent! Tidak ade masalah. Ia juga sumber rezeki ku suami-isteri. Menjadi kenderaan penghantar ketika aku dan suami ku mendapat tempahan katering. Setakat 200 orang makan, ia mampu memberikan khidmatnya. Sewaktu aku berpindah ke rumah sewa pada April 2012 lalu, kereta itulah jadi kenderaan pengangkut seperti mengangkut kain-baju yang berbeg-beg muatannya, buku-buku yang tidak kurang beratnya dan macam-macam lagi perkakasan rumah. Memang ku gunakan sepenuh khidmatnya. Sepanjang tempoh 7 1/2 tahun itu hanya 2 kali sahaja ia menyusahkan aku. Kali pertama pada tahun 2007, itu pun disebabkan kurang mahir pekerja kedai eksesori kereta menukar lampu depannya mengakibatkan kebocoran kepada tangki air. Air cepat kering, 'tempreture' naik dan berasap. Ketika itu aku dalam perjalanan ke tempat kerja. Terpaksalah aku panggil lori ONTOW untuk menariknya ke workshop. Kali kedua pada Mei 2012 di mana paip penyambung ke tangki air, retak dan tiris, 'tempreture' naik lagi, ketika itu aku dalam perjalanan dari Ipoh ke Kajang dan terpaksa berhenti di R&R Rawang untuk menyejukkan enjin dan mengisi air tangki. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku sempat sampai Kajang. Sampai sahaja di Kajang aku terus membawanya ke Bengkel Yu Yu & Services untuk menukar komponannya yang rosak itu. Baru beberapa minggu aku baiki, ia dicuri pula. "Laknat punya penyangak". Eek........ Astaqfirullah al'azim! Astqfirullah al'azim!
15 Oktober 2012
Sehingga ke tanggal ini, masih tiada perkhabaran mengenai kereta ku itu. Pada 2 Oktober 2012 yang lalu, aku telah mendapat ganti-rugi dari Takaful Ikhlas Sdn Bhd iaitu syarikat di mana kereta WAJA ku itu di insurankan berjumlah RM23,000.00. Jumlah tersebut belum ditolak baki hutang kereta tersebut di Bank Rakyat yang kira-kira akan habis 2 tahun lagi. Alhamdulillah! Dapatlah aku melangsaikan keseluruhan pinjaman kereta tersebut tanpa terhutang satu sen pun. Sekarang bolehlah aku menumpukan bayaran untuk Van Vannet yang telah ku ambil itu dengan menyambung ansurannya sebanyak RM570.00 di AmBank.
Beginilah berakhirnya cerita kereta proton WAJA WML7332 itu !!!!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklumbalas.